khidmat

Wednesday, October 26, 2011

Hari Ini 26 Oktober 2011

Pihak kami masih memerlukan kos segera untuk syiling ( RM8000.00 )dan kos untuk mozek lantai ( RM5000.00 )

Harapan kami semoga tuan puan dimurahkan rezeki oleh Allah swt untuk menyumbang ke akaun surau ini..amin.

Foto hari ini, 26 Oktober 2011





Tuesday, October 25, 2011

Progres Hari Ini 25 Oktober 2011

Alhamdulillah, kerja-kerja melabel lantai sudah siap sepenuhnya ( lantai ruang sembahyang bawah ). Lantai ruang sembahyang wanita di tingkat atas belum dilabel lagi kerana pekerja-pekerja masih jadikan ruang tersebut sebagai tempat rehat mereka.

Hari ini Hujan turun lebat sekali. Tak banyak kerja yang dapat di jalankan. Berikut, dipaparkan beberapa keping foto yang sempat diambil hari ini.


Pihak kami masih mengharapkan sumbangan ikhlas daripada orang ramai bagi melancarkan lagi proses penyiapan surau ini..insyaallah.

Terima kasih banyak-banyak atas keikhlasan tuan puan menyumbang sebagai wakaf, jariah atau zakat ke akaun surau ini..Semoga Allah terus memberkati segala amalan kita di dunia yang fana ini...amin







Sunday, October 23, 2011

SAMA-SAMALAH KITA BERSYUKUR KE HADRAT ILLAHI...

Kerja-kerja hari ini 22 Oktober 2011

Kerja-kerja melabelkan lantai

Dah Lebih daripada separuh dah








Cuci parit..hujan nak turun dah....



Korek-korek , hujan turun..berairlah lubang tersebut.
Digagahi juga untuk siapkan
1 lubang loji tandas, 4 biji kok
Siap 2 lubang dengan 8  kok hari ini..Alhamdulillah.



Semoga segala sumbangan dan amalan kita akan terus diberkati Allah swt..amin
Hujan turun agak lebat dan berpanjangan pada hari ini.

Insyaallah , dengan sumbangan yang berterusan sedikit demi sedikit yang diberikan oleh hamba-hamba Allah sekalian, surau ini pasti akan siap untuk diimarahkan tidak lama lagi..

Tak banyak dah... kurang lebih RM40,000.00 lagi, insyaallah siap laaaa...Alhamdulillah.









Friday, October 21, 2011

ALHAMDULILLAH, KERJA-KERJA DITERUSKAN LAGI

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, hasil sumbangan tuan puan yang dirahmati Allah sekalian, pihak kami dapat meneruskan kerja-kerja pembinaan surau selanjutnya mulai hari ini, 21 Oktober 2011.


Ikat bata penghadang di ruang sembahyang wanita

Ustaz Md Bashari dari pejabat agama sedang memantau

Pekerja-pekerja meneruskan kerja


Menanti `batu larek' untuk dipasang sebagai pagar

Sebahagian lantai surau yang sudah di label untuk pemasangan mozek

Nak pergi ke Pasar Malam Kupang 
( lebih kurang jam 6.30 petang 21 Okt 2011)
Esok sambung kerja, insyaallah esok tak hujan sepanjang hari kot...

Untuk makluman Tuan, kami masih memerlukan perkara-perkara berikut:
 
a. mozek 1 kaki persegi untuk lantai surau
( lebih kurang 2400 keping ), kosnya lebih kurang RM5000.00
b. kos upah pembinaan tandas RM8000.00
c. syiling yang kosnya RM8000.00
d. kos pendawaian elektrik RM5500.00
e. kos PA system RM4500.00
f. kos cat RM3000.00
g.kerja-kerja perparitan
 
Semoga Allah akan memberkati amalan kita, amin...

Wednesday, October 12, 2011

Penyata Tabung Pembinaan Surau Taman Mesra Kupang






PIHAK KAMI MASIH MEMERLUKAN SUMBANGAN BAGI MENERUSKAN PROJEK PEMBINAAN INI HINGGA SIAP.
ANGGARAN KEPERLUAN KOS UNTUK MENYIAPKAN SURAU INI IALAH
LEBIH DARIPADA RM30 000.00 LAGI
KAMI SANGAT-SANGAT MENGHARAPKAN SUMBANGAH IKHLAS ORANG RAMAI KE AKAUN MAYBANK @ BIMB SEPERTI YANG TERTERA DI ATAS.
SESUNGGUHNYA SEGALA SUMBANGAN TUAN PUAN DIGUNAKAN 100% UNTUK FISABILILLAH DI SURAU INI.
PERINGATAN

DEMI MENGELAKKAN KECICIRAN SUMBANGAN ORANG RAMAI KE TABUNG SURAU INI
PIHAK KAMI TIDAK MENJALANKAN KUTIPAN OLEH
MANA-MANA WAKIL ATAU INDIVIDU
KECUALI
KEPADA SAUDARA MARA @ SAHABAT / KENALAN
SEMOGA SEGALA AMALAN DAN SUMBANGAN IKHLAS KITA AKAN DIBERKATI OLEH ALLAH SWT...AMIN

Barang kelengkapan membina tandas

Insyaallah pembinaan akan bermula  sehari dua lagi


Bata krawang untuk pagar koridor surau




Monday, October 3, 2011

Insyaallah..Sama-sama Kita Berdoa Agar Pembinaan Akan Siap Jua..

Assalamualaikum...

Pihak Jawatankuasa Pembinaan Surau Taman Mesra mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua penyumbang bagi menyiapkan sebuah surau di taman ini.
Alhamdulillah hasil keberkatan sumbangan kita semua, pembinaan surau ini semakin hampir untuk disiapkan.

Pihak kami sedang berusaha untuk menyiapkan blok tandas & tempat wuduk ( insyaallah akan dimulakan pembinaannya pada minggu hadapan ). Sekarang ini, kami sedang membersihkan kawasan tapaknya.
Pesanan barangan untuk pembikinan tandas dan tempat wuduk tersebut akan sampai dalam masa terdekat ini juga.. Insyaallah.

Serentak dengan itu, kerja-kerja pendawaian elektrik sedang giat berjalan.

Pihak kami juga sedang menanti seorang hamba Allah yang akan menghantar blok krawang simen untuk dipasang sebagai pagar bahagian koridor surau.

Pesanan mozek untuk lantai telah dibuat dan akan dihantar apabila siap pemasangan dinding/pagar koridor tersebut.

Pihak kami masih memerlukan lebih kurang RM40,000.00 lagi bagi menampung kos untuk menyiapkan sepenuhnya projek ini.

SUMBANGAN BOLEH TERUS DIMASUKKAN KE AKAUN KAMI DI BANK ISLAM @ MAYBANK.

SEMOGA SEGALA AMALAN KITA AKAN DIBERKATI ALLAH..AMIN.