khidmat

Sunday, December 10, 2017

KEM CUTI SEKOLAH ANAK-ANAK ASNAF


9 DISEMBER 2017
JAM 8.00 PAGI HINGGA JAM 11.00 MALAM


Alhamdulillah..segala aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar...
Pihak surau mengucapkan jutaan terima kasih kepada NGO Warga kilang yang bertungkus-lumus menggerakkan anak-anak asnaf ke arah kecemerlangan. Semoga segala amal baik kita diterima oleh Allah swt...










Kursus Asas Haji 17 Minggu Kembali Lagi..

8 Disember 2017..Minggu Pertama
Kursus Asas Haji bagi tahun 1439 bermula...
Pengenalan Haji oleh Ustaz Zaini.








Tuesday, June 7, 2016

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN.1437


19 JUN 2016, AHAD, JAM 5.00 PETANG
MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN UNTUK WARGA MEMERLUKAN

DI SURAU AN NUR TAMAN MESRA, KUPANG, KEDAH

7.30 MALAM
MAJLIS BERBUKA PUASA & SOLAT MAGHRIB
SOLAT ISYAK & TARAWIKH

ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR

Bagi mereka yang berhajat menyumbang, boleh salurkan sumbangan ke akaun BIMB Surau An Nur Taman Mesra, no.akaun 02048010040070


Saturday, April 9, 2016

Alhamdulillah Selesai Program Bersama Penceramah Syeikh Yusoff Ahmad









Antara intipati ceramah beliau..

1. Negeri akhirat sentiasa menanti kita, tak kira siapapun kita. Sentiasalah bersiap sedia untuk menuju ke `sana'.

2. Ingatlah Allah pada setiap waktu. Allah menciptakan kita semata-mata untuk menghambakan diri kepada-Nya.

3. Tidak ada rumah yang lebih mulia melainkan rumah Allah. Seruan untuk semua kita yang masih bernafas, dekatilah rumah Allah. Berjemaah libatkan diri dalam masyarakat, lebih-lebih lagi aktiviti di surau @ masjid.

4. Mati tidak ada syarat sakit, tua, muda, sihat, raja, rakyat dan pelbagai penyebab lagi. Tunggak kekuatan kita ialah masjid @ surau. Tempat hati kita disatukan.