khidmat

Monday, September 23, 2013

Aktiviti-aktiviti terkini di Surau Taman Mesra

Assalamualaikum....

Setelah menyelesaikan urusan-urusan dalam perancangan sepanjang Ramadan, Syawal dan berakhir dengan urusan berkaitan Jemaah haji, kini pihak Jawatankuasa Surau An Nur Taman Mesra mula merancang dan akan melaksanakan kerja-kerja berkaitan penambahbaikan surau. Antara kerja-kerja tersebut ialah:

1. Pemasangan awning blok tandas ( anggaran kos RM3000.00 )


2. Kerja-kerja pemasangan pagar ruang hadapan @ anjung surau ( selama
    ini menggunakan jaring plastic hitam bagi menghalang daripada binatang
    masuk ke ruang surau )
    Alhamdulillah...Kos pemasangan pagar ini ( stainless steel ) berjumlah
    RM10,000.00 telahpun disumbang oleh hamba Allah dari Bukit
    Damansara Kuala Lumpur.


3. Kerja-kerja nak buat lantai simen di kawasan bawah awning hadapan
    surau ( sekarang masih berlantaikan pasir ). Anggaran kosnya
    RM8000.00 dan masih belum ada dananya.




4. Kerja-kerja pemasangan mozek di kawasan dapur ( kaki lima antara
    kolah dan koridor surau ), Anggaran kosnya RM3000.00 dan masih
    mencari-cari dananya.




5. Kerja-kerja mengecat surau. Cat putih. Anggaran kosmya RM3000.00
6. Kerja-kerja pemasangan siling ruang anjung surau, blok kolah dan tandas
    yang anggaran kosnya RM5000.00
7. Kuliah-kuliah dan aktiviti pengimarahan juga tetap diteruskan.

Sumbangan tuan puan / orang ramai amat dialu-alukan dan sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank surau:

BIMB
02048010040070
(SURAU AN NUR TAMAN MESRA KUPANG)
MAYBANK
552040101259
(TABUNG PEMBINAAN SURAU TAMAN MESRA KUPANG)

SEMOGA SEGALA AMALAN KITA DIBERKATI OLEH ALLAH SWT

No comments:

Post a Comment