khidmat

Tuesday, January 11, 2011

Perkembangan Projek

Assalamualaikum..
Saya bagi pihak Jawatankuasa Projek Pembinaan Surau Taman Mesra  Kupang Kedah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para dermawan, semoga sumbangan tuan/puan diberkati oleh Allah swt.
Walau bagaimanapun, pihak kami masih lagi memerlukan sumbangan orang ramai untuk meneruskan projek ini.
Sumbangan jariah/ wakaf atau zakat bolehlah disalurkan melalui akaun atau alamat seperti yang tertera di blog ini.
Bersama ini saya sertakan gambar-gambar terkini yang diambil pada 11 Januari 2011.









Wednesday, January 5, 2011

Perkembangan Projek Surau Taman Mesra

Alhamdulillah, kerja-kerja mengkongkrit lantai lapisan atas ( untuk saf wanita ) telahpun siap dan pembinaan tangganya akan diteruskan sehari dua lagi. Selepas siap fasa ini, kerja-kerja pembinaan `beam' serta tambahan tiang 4 kaki lagi ( 10 batang tiang ruang utama sahaja ) akan dibina sebelum kerja-kerja pemasangan bumbung dijalankan.
Setakat ini, wang jariah/wakaf/zakat yang disumbangkan oleh tuan/puan cukup untuk menyiapkan kerja-kerja pemasangan bumbung tersebut dan untuk kerja-kerja seterusnya masih dipohon sumbangan orang ramai.
Berkat dengan sumbangan orang ramai, insyaallah pada Februari ini akan dipasang bumbung sepenuhnya.

Pihak jawatankuasa masih mengharapkan sumbangan daripada orang ramai untuk meneruskan kerja-kerja pembinaan lantai, `plaster' dinding dan pemasangan pintu-pintu surau setelah siap kerja-kerja pemasangan bumbung nanti.

Bagi mereka yang ingin membuat wakaf / jariah( bagi diri @ atas nama ahli keluarga ) untuk lantai atau dinding atau tiang-tiang tambahan surau yang 10 batang tersebut, bersegeralah menghubungi kami seperti berikut:
019 4177 345 ( Cikgu Hasni )
019 5436 628 ( Encik Asri )
019 4207 005 ( Encik Kamil )

Sekali lagi pihak jawatankuasa mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada tuan/puan yang telah menyumbang ke arah jalan kebajikan ini. Semoga Allah akan melipatgandakan lagi rezeki tuan/puan di muka bumi Allah ini dan akan beroleh kesejahteraan di akhirat nanti, amin...

Gambar-gambar baru akan diupload sehari dua lagi.. insyaallah.