khidmat

Tuesday, July 31, 2012

MAJLIS TAHLIL UNTUK ARWAH CIKGU MOHD FAUZI BIN KAMSAH


Bersiap untuk berbuka


bahagian kolah yang masih dalam pembikinan untuk disiapkan

masih belum boleh digunakan
dalam penyiapan 


                            

Berbuka
beginilah suasana majlis berbuka setiap hari

Suasana berbuka di Surau Taman Mesra
setiap hari


Majlis tahlil untuk arwah cikgu Fauzi Kamsah


Majlis tahlil


Majlis tahlil 31 Julai 2012



Sunday, July 29, 2012

Alfatihah.....

Jam 2.50 pagi 29 Julai 2012, di dalam kereta dalam perjalanan ke hospital bersama saya ( pengerusi J/K Surau ), seorang ahli jawatankuasa kami, CIKGU MOHD FAUZI BIN KAMSAH, 50 tahun, telah pulang ke Rahmatullah kerana serangan jantung....Alfatihah semoga rohnya sentiasa dirahmati Allah....

Sejak surau ini mula digunakan (13 Julai), beliau tidak pernah lekang untuk berjemaah pada setiap waktu solat.. Beliau jugalah yang pertama mengadakan majlis jamuan untuk tahlil kepada arwah ayahandanya di surau ini pada 18 Julai 2012. Pada malam program bersama Imam Muda Azhar, beliau jugalah yang menyumbang untuk jamuan pada malam tersebut..

Beliau juga tidak pernah ketinggalan untuk bersama pada majlis berbuka di surau ini sejak hari pertama sehinggalah ke akhir hayatnya...

Beliau juga banyak menyumbangkan dana untuk pembinaan surau ini sebagai wakaf/jariah demi bekalan beliau selepas mati.....

Jenazah beliau disembahyangkan di surau ini pada jam 11.00 pagi tadi sebelum dibawa pulang ke kampung halaman beliau di Teluk Intan untuk dikebumikan di sana...

Alfatihah....Sama-samalah kita doakan agar roh beliau sentiasa dicucuri rahmat dan semoga Allah menganugerahkan kesejahteraan serta kebahagiaan kepada beliau di alam akhirat..amin...



Friday, July 27, 2012

Sehingga hari ini...Alhamdulillah surau ini dapat diimarahkan...
- Solat trawih
- Tazkirah
- Tadarus
- Majlis berbuka setiap hari
- Solat-solat waktu..subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak
Alhamdulillah bahagian hadapan surau sudah dipasang mozek hasil sumbangan orang ramai

NAMUN PIHAK KAMI MASIH MEMERLUKAN DANA UNTUK MENYEMPURNAKAN PENYIAPANNYA DI BEBERAPA BAHAGIAN, IAITU

- bahagian blok kolah masih belum dipasang mozek
- auwning dan pagar besi bahagian keliling depan surau masih belum berduit untuk dipasang
- cat

Pihak kami juga masih mencari dana untuk membayar baki kos upah pembinaan kepada tuan kontraktor.

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, pihak kami berharap sangat orang ramai menyumbang wakaf / jariah kepada surau ini agar dapat disempurnakan secepat mungkin dan dapat menyelesaikan segala kos yang ditanggungi..

Pihak jawatankuasa amat-amat berterima kasih kepada para penyumbang dan alhamdulillah dengan sokongan tuan/puan, surau ini telah dapat diimarahkan. Semoga Allah terus memberkati segala amalan kita ini..amin...


GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI DI SURAU TAMAN MESRA SEJAK MULA DIGUNAKAN WALAU MASIH BELUM SIAP SEMPURNA..ALHAMDULILLAH...




IMAM MUDA AZHAR MEMBERI CERAMAH


ISYAK




MALAM AHLAN YA RAMADAN BERSAMA IMAM MUDA AZHAR
SELEPAS SOLAT MAGHRIB DIADAKAN TAHLIL


TAKLIMAT PROGRAM SELEPAS MAGHRIB



ISYAK


ISYAK


ISYAK



MALAM PERTAMA LAMPU SURAU MENYALA
NAMUN MASIH BELUM LENGKAP SEMPURNA

Ajk berkumpul untuk mesyuarat khas

Mesyuarat khas pada malam pertama lampusurau menyala

jamuan ringan selepas mesyuarat


Ajk berkumpul

Ajk nak bermesyuarat pada malam pertama lampu surau berfungsi


Bahagian hadapan surau masih belum bermozek
Sedang diusahakan

Malam pertama lampu surau berfungsi

Malam pertama lampu surau menyala

Blok Kolah masih belum siap
Amat perlukan kos untuk pemasangan mozek

Pemasangan pintu tandas

Insan berkopiah putih (menyandar kiri sekali) menyumbang karpet untuk surau ini


Sedang memasang karpet sejadah

Seorang Hamba Allah menyumbang karpet sejadah untuk surau ini

Wednesday, July 18, 2012

ASSALAMUALAIKUM....

ALHAMDULILLAH, KINI SURAU TAMAN MESRA TELAH MULA DIIMARAHKAN..
BERMULA DENGAN MAJLIS BACAAN YAASIN PADA 13 JULAI 2012 SELEPAS SOLAT MAGHRIB....DIIKUTI DENGAN
BACAAN YAASIN
SOLAT ISYAK
BACAAN ALQURAN OLEH USTAS MUHAMMAD MUSA ALHAFIZ ASSEMBILANI
DAN DIAKHIRI DENGAN
TAZKIRAH OLEH USTAZ FAKHRULRAZI BIN YAACOB
MAJLIS TAMAT JAM 11.30 MALAM.

Minta maaf banyak-banyak kerana pada malam tersebut tidak diambil sebarang gambar.

Pada pagi Jumaat 13 Julai 2012 tersebut diadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan surau. Alhamdulillah ramai penduduk bekerjasama (hampir 100 orang ), bertungkus-lumus membersihkan kawasan sekeliling surau..

Walaupun masih ada banyak kerja kemasan yang belum dijalankan kerana kekurangan dana, namun pihak kami telahpun berjaya menghidupkan / mengimarahkan surau ini.berkat sumbangan doa tuan/puan sekalian.
Antara Jadual Aktiviti yang terkini ialah

18 Julai 2012
selepas solat maghrib ada majlis tahlil dan jamuan
selepas solat isyak, satu mesyuarat / perbincangan khas untuk program pada bulan Ramadan.

19 Julai 2012
Selepas solat maghtib ada majlis bacaan yaasin & tahlil serta jamuan.
Selepas solat Isyak diadakan ceramah oleh Imam Muda Azhar

Semua muslimin muslimat dijemput hadir.





Sunday, July 1, 2012

ASSALAMUALAIKUM....

Alhamdulillah, hari ini saya sempat untuk mengemaskinikan blog ini. terlebih dahulu saya bagi pihak seluruh jawatankuasa projek pembinaaan surau taman mesra mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para penyumbang/penderma yang tidak putus-putus mengimfakkan rezeki Allah ke jalan yang amat diredhai-Nya. Semoga segala amalan kita akan diberkati dan kita semua beroleh kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia yang fana ini dan di akhirat yang kekal abadi kelak...amin..

Perkembangan projek surau....

Alhamdulillah kerja-kerja memasang atap bagi setiap blok sudah siap kelmarin...
Sekarang kerja-kerja memasang pintu-pintu besi di blok tandas...rancak berjalan....









Kelmarin ( 1 Julai 2012 ) saya telah siap berurusan dengan TNB menguruskan penyaluran elektrik ke surau. Dah siap membayar depositnya bagi pemasangan meter.. Insyaallah esok atau dalam tempoh minggu ini juga kerja-kerja penyaluran elektrik itu akan siap. Alhamdulillah..

Namun... kerja kerja pemasangan peralatan elektrik masih belum sempurna...hanya sekadar untuk `menyala' dan sudah boleh digunakan untuk bersembahyang dan aktiviti-aktiviti lain.....( INSYAALLAH SETELAH METER ELEKTRIK DI PASANG NANTI )

PA sistem masih dalam pencarian...kosnya dianggarkan RM5000.00 ( speker ( dalam surau dan di luar ), mikrofon, amplifire, kabel dan beberapa set peralatan lain yang berkaitan )

Alhamdulillah petang 30 Jun 2012, seorang hamba Allah telah mewakafkan karpet sebagai sejadah untuk surau ini....`full' bahagian bawah surau termasuk tempat imam...( akan diupload gambar nanti )