khidmat

Tuesday, July 23, 2013

Imam Masjid Gaza Di Surau An Nur Taman Mesra Kupang

 
Alhamdulillah..malam ini Surau An Nur Taman Mesra Kupang dikunjungi Imam Masjid Gaza Palestin Sheikh Solah Nuruddin Ibrahim Nuur
berbuka dan mengimami solat Maghrib, Isyak dan Tarawikh
 
 
 

Saturday, July 20, 2013

Jadual Program Di Surau An Nur

Sepanjang Ramadhan, Surau An Nur mengadakan aktiviti tetap seperti berikut:

1.Majlis Bacaan Yasin & Tahlil sebelum majlis berbuka
2.Majlis Berbuka Puasa
3.Solat Maghrib
4.Solat Isyak
5.Solat Tarawih ( Imam Jemputan & Imam Tempatan )
6.Tadarus Al Quran

Tuan puan yang berhajat menyumbang untuk aktiviti di surau ini sepanjang Ramadhan ini, bolehlah menyumbang melalui akaun kami di Bank Islam Malaysia Berhad seperti berikut:

Nama akaun : Surau An Nur Taman Mesra Kupang
No Akaun : 02048010040070

Pihak kami sangat berhajatkan sumbangan-sumbangan orang ramai bagi membiayai segala program pengimarahan di rumah Allah ini.

Semoga segala amalan kita akan diberkati Allah swt...

Surau An Nur Sebagai Hub Bantuan Oleh NGO


SURAU AN NUR TAMAN MESRA
Hari ini 20 Julai 2013 jam 8.30 pagi.
 

 

Tuesday, July 16, 2013

Mengurus Bantuan Kepada Fakir Miskin

Pihak Jawatankuasa Surau An Nur Taman Mesra Kupang diberi amanah menguruskan bantuan kepada golongan fakir miskin..
Bantuan berupa barangan keperluan harian disumbangkan oleh Tuan Haji Sidek, pengusaha stesen minyak PETRONAS Kuala Ketil dan beberapa cawangannya di sekitar Kulim

Pihak surau dengan kerjasama SK Lanai telah menyampaikan beberapa bantuan tersebut sebelum Ramadan baru-baru ini.

Sunday, July 7, 2013

Menguruskan Bantuan Untuk Fakir Miskin

 
 
Pihak Surau An Nur diberi amanah menguruskan bantuan untuk golongan fakir miskin sempena Ramadan 1434 ini.
 
Bantuan berbentuk barangan keperluan harian seperti beras, gula, tepung, susu, kopi, teh dan sebagainya.
 
Semua barangan ini disumbangkan oleh Tuan Haji Sidek, seorang Pengusaha Stesen Minyak PETRONAS ( Kuala Ketil dan beberapa cawangan yang lain )
 
 
Barangan yang baru sampai ( diturunkan dari lori )di Surau An Nur Taman Mesra

Mengurus barangan bantuan sebelum diagihkan kepada fakir miskin.