khidmat

Sunday, July 24, 2011

TERKINI...!!! 23 JULAI 2011

Assalamualaikum..
Terlebih dahulu, pihak jawatankuasa Surau Taman Mesra mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada muslimin dan muslimat hamba Allah sekalian kerana telah menyumbangkan dana untuk menyiapkan projek pembinaan surau ini. Doa kami semoga segala amalan kita semua akan diberkati Allah swt.

Setakat hari ini, 24 Julai 2011, baki dana surau yang terkumpul sekarang ialah RM14,000.00.
Jumlah ini sekadar mampu untuk membayar kos `plaster' dinding yang masih belum dituntut oleh kepala kontraknya.

Pihak kami masih merayu daripada orang ramai untuk menyumbangkan wakaf / jariah terus ke akaun Tabung Pembinaan Surau Taman Mesra, dan emailkan kepada kami maklumat tuan/puan ke  surau.tmesra@gmail.com untuk urusan pengiriman resit daripada pihak kami..

MAYBANK   : 552040101259
BIMB             :  02048010040070

KAMI MASIH MEMERLUKAN LEBIH KURANG RM70,000.00 UNTUK MENYEMPURNAKAN PROJEK INI BAGI MENYIAPKAN
1. Lantai
2. Tempat Wuduk & Tandas
3. Wayering & PA Sistem
4. Sliding Door
5. Besi / Pagar untuk ruang koridor
6. Cat dan kemasan-kemasan yang lain.

KAMI TETAP MENGHARAPKAN AGAR PADA RAMADHAN NANTI, SURAU INI DAPATLAH DIIMARAHKAN JUGA WALAUPUN DALAM KEADAAN YANG SERBA KEKURANGAN..INSYAALLAH.

Ustaz Mad Basyari di ruang mihraj surau yang masih bertanah

Bersedia untuk  di simenkan



Longgokan tanah di hadapan tersebut menunjukkan tempat untuk didirikan `stage'



Mengharapkan dana orang ramai untuk disiapkan

Friday, July 8, 2011

SURAU TAMAN MESRA TERKINI...JULAI 2011

KERJA PLASTER DINDING SIAP SEPENUHNYA


SEDANG BERUSAHA UNTUK MENYIAPKAN LANTAI


1.      `Plaster’ dinding. ( RM10,000.00 ) ( SIAP DAN ALHAMDULILLAH KOSNYA PUN BERES )                    
2.   Lantai ( RM14,000.00 )
3.      Pemasangan pintu `sliding’ ( RM8000.00)          
4.   Pemasangan siling ( RM8500.00)
5.   Pintu & Pagar bahagian koridor (RM8000.00)    
6.   Tempat Wuduk & Tandas ( RM25,000.00)
7.   Pendawaian elektrik (RM5500.00)
8.      ‘PA system’ (RM4000.00)

SETELAH BERJAYA MENYELESAIKAN KOS PLASTER HASIL SUMBANGAN TUAN / PUAN PIHAK J/K SURAU MASIH MEMERLUKAN LEBIH KURANG RM70,000.00 LAGI UNTUK MENYIAPKAN SURAU INI. HARAPAN KAMI AGAR ORANG RAMAI DAPAT MENYUMBANG TERUS KE AKAUN KAMI DI MAYBANK ATAU DI BIMB SEBAGAIMANA TERCATAT DI ATAS..INSYAALLAH..