khidmat

Thursday, January 31, 2013

KURSUS ASAS HAJI

KURSUS ASAS HAJI 1434

Surau Taman Mesra amat memerlukan dua buah khemah untuk menampung para jemaah yang hadir berkursus. Khemah ini diperlukan sebagai tempat jamuan untuk para jemaah setelah selesai mengikuti kursus. Kursus Asas Haji ini akan berjalan setiap hari Sabtu selama 17 minggu.

Sesiapa yang bermurah hati untuk menyumbang khemah tersebut bolehlah berbuat demikian melalui akaun kami, iaitu

Tabung Pembinaan Surau Taman Mesra
Maybank : 552040101259
BIMB : 02048010040070

KOS SEBUAH KHEMAH IALAH RM1800.00

Alhamdulillah, berkat sumbangan ikhlas tuan puan, kini Surau Taman Mesra
terus diimarahkan. Selain daripada solat lima waktu, pelbagai program diadakan dari semasa ke semasa melibatkan pelbagai peringkat.. Alhamdulillah..

Pihak kami masih berusaha untuk menyelesaikan tanggungan kos kepada Tuan Kontraktor pembina surau ini yang masih tertunggak sebanyak RM13,000.00 dan tanggungan kos di kedai barang pembinaan sebanyak RM5,000.00 lagi..

Insyaallah..dengan berkat sokongan orang ramai yang sudi menyumbang, surau ini akan dapat menyelesaikan semua kos yang ditanggung tersebut...

Insyaallah ..pihak kami sedang menjalankan bancian untuk memilih nama surau dan dijangkakan dalam masa terdekat ini..surau ini akan diberi namanya berdasarkan mejoriti pilihan oleh seluruh penduduk...
Nama-nama Surau yang dicadangkan ialah:

1. An-Nur
2. At-Taqwa
3. As-Salam
4. Al-Kahfi

Pilihan tertinggi oleh penduduk akan dijadikan nama surau ini..insyaallah.

Pada 07 Februari 2013, selepas solat Isyak nanti, satu program ceramah yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagian Tuan Sheikh Hazizan ( Timbalan Pengarah Bahagian Masjid Jabatan Agama Islam Kedah ) akan diadakan
di surau ini.. Tuan Puan muslimin muslimat dijemput hadir...


Saturday, January 26, 2013

GAMBAR-GAMBAR MENUNJUKKAN SURAU TAMAN MESRA TERUS DIIMARAHKAN...

PETANG TADI 26 JANUARI 2013
PERASMIAN DAN HARI PERTAMA KURSUS ASAS HAJI BERSIRI SETIAP SABTU SELAMA 17 MINGGU








Majlis Sambutan Maulidur Rasul 12 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 24 Januari 2013













Malam Maulidur Rasul ( 23 Januari 2013,Rabu Malam Khamis )
Ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Mohd Zawawi B Ibrahim


21 Januari 2013 ( Isnin Malam Selasa ) Ceramah oleh Dr.Norazman bin Mohd Shamsudin, Ketua Misi Gaza yang diserang oleh Israel Laknatullah dalam kapal Mavi Marmara






Program Kuliah Agama Oleh YB Ustaz Taib Azzamuddin ( Bekas Imam Besar Masjid Negara, 02 Januari 2013




Thursday, January 17, 2013

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL

12 Rabiul Awal 1434 bersamaan 24 Januari 2013, Surau Taman Mesra berganding dengan Pakatan Penduduk Taman Mesra akan mengadakan sambutan Maulidurrasul.

Atur Cara Majlis
11 Rabiul Awal 1434, Rabu Malam Khamis
( Selepas Solat Maghrib )
Ceramah Maulidurrasul Oleh Ustaz Mohd Zawawi Ibrahim

12 Rabiul Awal 1434

5.00 Pagi - Program Qiamullail
8.00 Pagi - Perarakan Maulidurrasul
9.00 Pagi - Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
                 - Pertandingan Hafazan
                 - Pertandingan Menulis Jawi
                 - Persembahan Nasyid
                 - Majlis Penyampaian Hadiah
                 - Jamuan

Semua Penduduk Taman Mesra, muslimin dan muslimat dijemput menyertai program ini...
Semoga Rasa Cinta Kita Kepada Rasulullah Sentiasa Mekar Segar

Sumbangan tuan puan amat dialu-alukan untuk menjayakan program ini

Thursday, January 3, 2013

JADUAL AKTIVITI JANUARI 2013


Assalamualaikum..
Di bawah ini disertakan jadual aktiviti yang akan diadakan di Surau Taman Mesra Kupang Kedah..


Semua aktiviti yang tercatat di dalam jadual di atas adalah yang akan diadakan pada waktu malam, iaitu selepas solat Maghrib.....

Aktiviti yang tidak tercatat di dalam jadual tersebut ialah seperti di bawah....

SETIAP ISNIN DAN KHAMIS JAM 4.30 PETANG - USRAH WANITA SAHAJA

SETIAP SABTU BERMULA 26 JANUARI 2013, JAM 2.30 PETANG - KURSUS HAJI 1434

TERUSKAN MENYUMBANG..
SEMOGA SEGALA AMALAN KITA DIBERKATI ALLAH SWT..