khidmat

Friday, August 27, 2010

RAYUAN..RAYUAN...RAYUAN

RAYUAN SUMBANGAN UNTUK PEMBINAAN SURAU TAMAN MESRA

KUPANG KEDAH DARUL AMAN


DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad. Mustika Hadis 3:312)


Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa pihak Jawatankuasa Pakatan Penduduk dan Jawatankuasa Pembinaan Surau Taman Mesra, Kupang, Kedah akan mendirikan sebuah surau ( anggaran kosnya ialah RM 200 000.00 ) bagi kegunaan orang ramai khususnya penduduk di Taman Mesra, Kupang ini.


Bagi menunaikan amanah ini, dengan rendah hati pihak kami merayu dan memohon kepada para dermawan yang sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah swt untuk menghulurkan sumbangan jariah tuan/puan sekadar yang mampu bagi kami laksanakan pembinaannya sehinggalah dapat diimarahkan oleh seluruh penduduk di kawasan ini.


Walaupun masih belum mempunyai kos yang cukup, sekadar RM12 000.00 hasil sumbangan penduduk di Taman Mesra, namun pihak kami telah bertekad untuk mendirikan surau ini secara berperingkat-peringkat. Alhamdulillah pada awal Januari 2009, kerja-kerja pembinaan `groundbeam’ telah dimulakan.


Bagi menyempurnakan pembinaan surau ini, saya sangat-sangat merayu dan mengharapkan sumbangan daripada tuan/puan kaum muslimin muslimat sekalian.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun:


5 5 2 0 4 0 1 0 1 2 5 9
TABUNG PEMBINAAN SURAU TAMAN MESRA



NAMA BANK : http://www.bankislam.com.my
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD


NAMA AKAUN:
TABUNG PEMBINAAN SURAU TAMAN MESRA  
KUPANG


NOMBOR AKAUN:
 0 2 0 4 8 0 1 0 0 4 0 0 7 0

ATAU

Kirimkan sumbangan ( cek ) atas nama Tabung Pembinaan Surau Taman Mesra

Ke alamat



PEJABAT AGAMA DAERAH BALING,


09100 BALING, KEDAH.


( U.P. USTAZ MD BASHARI BIN AWANG EMBUN )

Segala sumbangan tuan/puan, Allah swt jualah yang akan memberi ganjaran-Nya. Semoga tuan/puan beroleh rahmat dan kebahagian di dunia dan di akhirat kelak.

SILA KIRIMKAN SATU SALINAN SLIP / RESIT BANK ( scan @ copy paste )SUMBANGAN KEPADA KAMI MELALUI email  surau.tmesra@gmail.com 

atau
Pos terus kepada kami degan menggunakan alamat pejabat agama seperti di atas

Untuk pengiriman resit rasmi tanda penerimaan daripada pihak kami..

Wednesday, August 18, 2010

Dokumen-Dokumen Projek Pembinaan Surau

Projek Pembinaan Surau Ini Adalah Sah Melalui Kebenaran Pihak Majlis Agama Islam Negeri Kedah seperti lampiran surat berikut:
Kebenaran Pembinaan Surau Oleh Pihak Majlis Daerah Baling Di Tapak Surau Taman Mesra

Surat Kebenaran Memungut Derma Daripada Pejabat Agama Daerah Baling
Surat Sokongan Daripada Tuan Pengerusi Kariah Kupang
Lampiran Salinan Pelan Surau Taman Mesra
Lampiran Sebut Harga Barangan Pembinaan Surau Taman Mesra (2009 )

Maklumat-maklumat ini sebagai sokongan bagi menambahyakinkan tuan/puan yang ingin menyumbang.
Sesungguhnya pelaburan ini pasti menjamin kesejahteraan kita di alam akhirat kelak.
Semoga Allah swt membuka mata hati kita untuk beramal soleh dan mengimfakkan sebahagian rezeki kita ke jalan Allah..amin

Pengenalan

Projek Pembinaan Surau Taman Mesra Kupang mula dijalankan pada Januari 2009 berasaskan modal sumbangan penduduk taman sendiri dan juga sumbangan jariah, zakat dan wakaf daripada orang ramai. Anggaran kos pembinaan surau ini ialah RM200 000.00.

Sehingga kini, tahap pembinaannya baru sekadar 25% daripada keseluruhan bentuk rekaan pelannya. Pembinaan peringkat seterusnya, yakni bumbung dan lantai terpaksa ditangguhkan sementara menunggu wang sumbangan tuan/puan terkumpul secukupnya.
Pihak kami amat mengharapkan bantuan orang ramai yang ikhlas menyumbang bagi meneruskan projek pembinaan surau ini sehingga siap sepenuhnya.

Bagi menyiapkan sepenuhnya, pihak kami memerlukan peruntukan yang berjumlah lebih kurang RM150 000.00 lagi.

Sumbangan ikhlas tuan/puan boleh disalurkan melalui akaun Maybank Atau Bank Islam seperti berikut:

NOMBOR AKAUN MAYBANK
5 5 2 0 4 0 1 0 1 2 5 9
TABUNG PEMBINAAN SURAU TAMAN MESRA

NOMBOR AKAUN BANK ISLAM
02048010040070
NAMA AKAUN
TABUNG PEMBINAAN SURAU TAMAN MESRA KUPANG

Atau melalui pengiriman cek atas nama
TABUNG PEMBINAAN SURAU TAMAN MESRA KUPANG

kepada
PEJABAT AGAMA DAERAH BALING,
09100 BALING,
KEDAH.
(UP: USTAZ MD BASHARI BIN AWANG EMBON )

Atau Kepada

PENGERUSI SURAU TAMAN MESRA,
No.56, LORONG 3, TAMAN MESRA,
09200 KUPANG, KEDAH.
http://www.maybank2.com.my
http://www.bankislam.com.my