khidmat

Sunday, November 21, 2010

KAMI MERAYU LAGI

KAMI MERAYU AGAR TUAN/PUAN YANG DERMAWAN BERMURAH HATI UNTUK MENYUMBANG BAGI MENYIAPKAN SURAU ( RUMAH ALLAH ) INI.
PIHAK KAMI MASIH MEMERLUKAN SUMBANGAN KAUM MUSLIMIN-MUSLIMAT SEKALIAN.
SEGALA SUMBANGAN JARIAH / DERMA / ZAKAT (FISABILILLAH UNTUK SYIAR ISLAM) AKAN DIPERGUNA SEPENUHNYA UNTUK PEMBINAAN SURAU INI.
PIHAK KAMI TIDAK MENJALANKAN SEBARANG PUNGUTAN DERMA YANG MEMERLUKAN POTONGAN KOMISYEN DARIPADA WANG SUMBANGAN ORANG RAMAI
DAN
KAMI SENTIASA MEMASTIKAN SETIAP SEN SUMBANGAN ORANG RAMAI DIGUNAKAN SEPENUHNYA BAGI PEMBINAAN SURAU / RUMAH ALLAH INI..
Semoga segala amal jariah kita akan diberkati Allah swt. Amin..

Friday, November 12, 2010

Ucapan Penghargaan

Saya selaku Pengerusi Projek Pembinaan Surau Taman Mesra mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada para penyumbang / penderma yang telah menyumbang derma sebagai jariah bagi membina surau kami ini. Insyaallah, segala sumbangan tuan/puan akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk surau ini.

Walau bagaimanapun, pihak kami masih lagi memerlukan sumbangan orang ramai bagi menyiapkan surau ini. Anggaran yang diperlukan untuk menyiapkan sepenuhnya ialah RM100,000.00 lagi.


Saya amat berharap agar tuan/puan yang menyumbang dapat mengemailkan maklumat tuan/puan kepada pihak kami untuk urusan pengiriman resit rasmi daripada pihak kami.



Semoga Allah swt memberkati segala sumbangan tuan/puan dan memuliakan kehidupan tuan/puan di dunia dan akhirat, amin..