khidmat

Monday, September 23, 2013

Aktiviti-aktiviti terkini di Surau Taman Mesra

Assalamualaikum....

Setelah menyelesaikan urusan-urusan dalam perancangan sepanjang Ramadan, Syawal dan berakhir dengan urusan berkaitan Jemaah haji, kini pihak Jawatankuasa Surau An Nur Taman Mesra mula merancang dan akan melaksanakan kerja-kerja berkaitan penambahbaikan surau. Antara kerja-kerja tersebut ialah:

1. Pemasangan awning blok tandas ( anggaran kos RM3000.00 )


2. Kerja-kerja pemasangan pagar ruang hadapan @ anjung surau ( selama
    ini menggunakan jaring plastic hitam bagi menghalang daripada binatang
    masuk ke ruang surau )
    Alhamdulillah...Kos pemasangan pagar ini ( stainless steel ) berjumlah
    RM10,000.00 telahpun disumbang oleh hamba Allah dari Bukit
    Damansara Kuala Lumpur.


3. Kerja-kerja nak buat lantai simen di kawasan bawah awning hadapan
    surau ( sekarang masih berlantaikan pasir ). Anggaran kosnya
    RM8000.00 dan masih belum ada dananya.




4. Kerja-kerja pemasangan mozek di kawasan dapur ( kaki lima antara
    kolah dan koridor surau ), Anggaran kosnya RM3000.00 dan masih
    mencari-cari dananya.




5. Kerja-kerja mengecat surau. Cat putih. Anggaran kosmya RM3000.00
6. Kerja-kerja pemasangan siling ruang anjung surau, blok kolah dan tandas
    yang anggaran kosnya RM5000.00
7. Kuliah-kuliah dan aktiviti pengimarahan juga tetap diteruskan.

Sumbangan tuan puan / orang ramai amat dialu-alukan dan sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank surau:

BIMB
02048010040070
(SURAU AN NUR TAMAN MESRA KUPANG)
MAYBANK
552040101259
(TABUNG PEMBINAAN SURAU TAMAN MESRA KUPANG)

SEMOGA SEGALA AMALAN KITA DIBERKATI OLEH ALLAH SWT

Friday, September 13, 2013

SELAMAT BERANGKAT KE TANAH SUCI 1434

Sekali lagi Surau An Nur Taman Mesra Kupang mengambil inisiatif menguruskan Jemaah haji daerah Baling untuk ke Kompleks Haji. Kali ini para Jemaah Haji Daerah Baling berleps ke Mekah melalui Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar. Pihak pengurusan dan petugas-petugas Surau An Nur Taman Mesra mengendalikan Jemaah dari sini ke Komplek Haji / Hotel Tabung Haji di Alor Setar pada 12 September 2013 mulai jam 4.00 petang. Alhamdulillah..semua perancangan dan pengurusan berjalan lancer...

Petugas menyusun bagasi Jemaah yang baru tiba di Surau An Nur
 
Bgasi sedang diangkat ke atas lori untuk dibawa
ke Kompleks Haji di Alor Setar
 
 
Petugas bergambar di Hotel Tabung Haji setelah siap menguruskan bagasi Jemaah
 
Antara petugas wanita Surau An Nur bergambar
di Hotel Tabung Haji Alor Setar
 
 
Membantu Jemaah di Hotel Tabung Haji di Alor Setar
 
 
Urusan Pendaftaran Jemaah Daerah Baling di Surau An Nur
 
Para Jemaah mula bergerak menaiki bas dari Surau An Nur untuk
ke Hotel Tabung Haji di Alor Setar
 
 
Berdoa sebelum bertolak ke Alor Setar
 
 
Petugas membantu menguruskan bagasi Jemaah di Hotel Tabung Haji
 
Bag Jemaah sebelum menaiki bas di susun rapi
untuk memudahkan pengurusan
Antara kenderaan para waris yang menghantar jemaah
ke Surau An Nur Taman Mesra Kupang
Majlis doa sebelum berlepas