khidmat

Thursday, August 22, 2013

PROGRAM TERKINI SURAU AN NUR TAMAN MESRA KUPANG


Assalamualaikum....

Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana lama menyepi, tidak mengemaskini blog ini.....
Tidak sekali-kali saya melupakan akan tuan puan yang merupakan hamba-hamba Allah yang sentiasa memberi sumbangan kepada jalan-Nya....
Alhamdulillah, dengan imfak tuan puan, pihak kami mampu melaksanakan amanah untuk mengimarahkan rumah Allah ini......
Teruskan menyumbang..semoga segala amalan kita diberkati Allah dan akan beroleh kesejahteraan di dunia dan di akhirat...

Sama-samalah kita berdoa agar saudara-saudara kita di Syria, Mesir, Palestin dan di mana-mana sahaja yang sedang dizalimi akan memperoleh kemenangan hakiki..

Terkini..

PROGRAM DISKUSI (SOAL-JAWAB DAN PENJELASAN TERPERINCI ) HAL EHWAL HAJI DAN UMRAH BERSAMA DATO' USTAZ MD DAUD CHE NGAH
( Dengan Kerjasama Tabung Haji dan Pejabat Agama Daerah Baling )
30 OGOS 2013 ( JUMAAT )
8.30 PAGI - 12.30 TENGAH HARI
DI SURAU AN NUR TAMAN MESRA

Orang ramai dijemput hadir..

Alhamdulillah..surat makluman sedang disebarkan kepada imam-imam di 66 buah masjid di Daerah Baling untuk diumumkan kepada anak-anak kariah masing-masing.

Soalan-soalan boleh dibuat secara bertulis dan serahkan kepada urus setia pada hari tersebut atau email ke alamat surau.tmesra@gmail.com atau sms kepada 019 4177345 .. Insyaallah semua persoalan akan dijelaskan oleh Yang Berbahagia Dato' Ustaz Md Daud Che Ngah pada hari tersebut..
Seandainya sehingga 12.30 tengah hari tidak sempat diselesaikan penjelasannya, pihak kami akan menyambung lagi program ini bermula jam 2.45 petang ( selepas solat Jumaat )
Jamuan disediakan..
Semoga program ini memberi manfaat kepada para hadirin sekalian.



MAJLIS BACAAN YAASIN UPSR & JAMUAN RAYA
05 SEPTEMBER 2013 (KHAMIS MALAM JUMAAT)
SELEPAS SOLAT MAGHRIB
DI SURAU AN NUR TAMAN MESRA

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

Atur Cara

Solah Maghrib
Bacaan Yaasin
Solat Isyak
Jamuan, Persembahan dan Cabutan Bertuah

Segala sumbangan
boleh disalurkan ke akaun BIMB
Nama akaun
Surau An Nur Taman Mesra
No. Akaun
02048010040070


MENGURUS JEMAAH HAJI 1434 DAERAH BALING BERANGKAT KE TANAH SUCI
( Berkumpul dan naik bas dari Surau An Nur
Ke Lapangan Terbang Kepala Batas Alor Setar )

12 SEPTEMBER 2013
( KHAMIS MALAM JUMAAT )
9.00 MALAM
DI SURAU AN NUR TAMAN MESRA KUPANG

Di harap semua jawatankuasa, penduduk taman dan para sukarela dapat berkumpul awal bagi melancarkan pengurusan..

Semoga segala amalan kita di berkati Allah swt...Amin..