ASSALAMUALAIKUM,
TERLEBIH DAHULU SAYA MOHD NOR HASNI BIN ABAS SELAKU PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU TAMAN MESRA MEWAKILI SEMUA AJK DAN PENDUDUK TAMAN MESRA MENGUCAPKAN BERBANYAK-BANYAK TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG/PENDERMA BAGI MENYIAPKAN PROJEK PEMBINAAN SURAU INI. SEMOGA SEGALA SUMMBANGAN WAKAF/JARIAH KITA AKAN DIBERKATI OLEH ALLAH SWT DAN KITA SAMA-SAMA BEROLEH GANJARAN KEBAHAGIAAN & KESEJAHTERAAN DIAKHIRAT NANTI, AMIN..
SEMPENA BULAN RAMADAN INI, SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA DAN KITA SAMA-SAMA AKAN TERUS DIBERI PELUANG OLEH ALLAH SWT UNTUK MENINGKATKAN LAGI AMALAN KEBAJIKAN KITA SEBAGAI BEKALAN BAGI MANJAMIN KEBAHAGIAAN HIDUP KITA DI AKHIRAT NANTI.
DANA TERKINI SURAU KAMI ( UPDATE PADA 12 OGOS 2011 ) IALAH
DI BANK ISLAM : RM13,057.03
DI MAYBANK : RM5,712.33
JUMLAH : RM18,769.36
KERJA-KERJA PLASTER DINDING SUDAH SIAP DAN SEHINGGA KINI PIHAK KAMI MASIH BELUM MEMBAYAR KEPADA PIHAK KONTRAKTOR TERSEBUT. KOS KESELURUHAN UNTUK KERJA-KERJA PLASTER TERSEBUT IALAH RM10,000.00.
INI BERMAKNA BAKI DANA SURAU UNTUK MENERUSKAN KERJA-KERJA PEMBINAAN INI IALAH RM 8,769.36
KERJA-KERJA PEMASANGAN LANTAI SURAU TERPAKSA DITANGGUHKAN LAGI KERANA KOSNYA BELUM MENCUKUPI. UNTUK MAKLUMAN PARA PENDERMA, KOS PEMASANGAN LANTAI TERMASUK MOZEKNYA IALAH DIANGGARKAN RM20,000.00.
SEKARANG INI, DISURAU TERSEBUT SEDANG DIJALANKAN KERJA-KERJA `WAYARING' YANG KOSNYA DIANGGARKAN SEBANYAK RM6000.00.
PIHAK KAMI TELAH MEMBAYAR DIPOSIT KEPADA TUKANG `WAYARING' SEBANYAK RM1000.00 DAN BAKINYA IALAH SEBANYAK RM5000.00 LAGI AKAN DIBAYAR SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT SEHINGGA SIAP SEPENUHNYA.
KOS UNTUK PEMASANGAN PINTU SLIDING SEBANYAK RM8000.00 JUGA SEDANG DIJALANKAN DAN MASIH BELUM SIAP SEPENUHNYA.
BAGI KERJA SLIDING INI KAMI TELAH MENJELASKAN KOSNYA SEBANYAK RM2000.00 DAN BAKINYA IALAH SEBANYAK RM6000.00 LAGI AKAN DIBAYAR APABILA SIAP DIPASANG SLIDING ITU NANTI, INSYAALLAH.
ALHAMDULILLAH, PIHAK PEJABAT DAERAH BALING TELAH MENYUMBANG RM10,000.00 DALAM BENTUK PEMBELIAN BARANGAN MELALUI KEDAI HARDWARE.
PIHAK KAMI TELAH BERMESYUARAT DAN MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MEMBELI BARANGAN SEPERTI BERIKUT:
1. CAT ( CAT ASAS UNDERCOAT SUDAH SIAP DISAPU HASIL SUMBANGAN SEORANG
HAMBA ALLAH)
2. BATA, PASIR, SIMEN DAN KELENGKAPAN UNTUK MENYIAPKAN TEMPAT WUDUK &
TANDAS SERTA KAKI LIMA ( 20 KAKI ) MENGHUBUNGKAN SURAU KE TANDAS/TEMPAT
WUDUK TERSEBUT.
RUMUSAN KOS YANG DIPERLUKAN LAGI IALAH:
1. LANTAI RM20,000.00
2. SILING RM8,000.00
3. SLIDING RM6,000.00
4. WIRERING RM5,000.00
5. PA SISTEM RM4,000.00
6. KEMASAN-KEMASAN LAIN RM10,000.00
JUMLAH ANGGARAN DANA YANG MASIH DIPERLUKAN IALAH RM53,000.00
SEMPENA BULAN RAMADAN INI, MARILAH SAMA-SAMA KITA MENYUMBANG BAGI MENYIAPKAN PEMBINAAN SURAU INI
CARA MENYUMBANG:
TERUS KE AKAUN KAMI :
TABUNG PEMBINAAN SURAU TAMAN MESRA
MAYBANK : 552040101259
BIMB : 02048010040070
EMAIL KAMI : surau.tmesra@gmail.com