khidmat

Friday, November 12, 2010

Ucapan Penghargaan

Saya selaku Pengerusi Projek Pembinaan Surau Taman Mesra mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada para penyumbang / penderma yang telah menyumbang derma sebagai jariah bagi membina surau kami ini. Insyaallah, segala sumbangan tuan/puan akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk surau ini.

Walau bagaimanapun, pihak kami masih lagi memerlukan sumbangan orang ramai bagi menyiapkan surau ini. Anggaran yang diperlukan untuk menyiapkan sepenuhnya ialah RM100,000.00 lagi.


Saya amat berharap agar tuan/puan yang menyumbang dapat mengemailkan maklumat tuan/puan kepada pihak kami untuk urusan pengiriman resit rasmi daripada pihak kami.



Semoga Allah swt memberkati segala sumbangan tuan/puan dan memuliakan kehidupan tuan/puan di dunia dan akhirat, amin..

No comments:

Post a Comment