khidmat

Thursday, December 22, 2011

23 DISEMBER 2011..MENGHARAPKAN DANA SUMBANGAN KITA...

Lantai surau..insyaallah nanti adalaa hamba-hamba Allah yang menghulurkan sumbangan wakaf / jariah


Tangga untuk ke tingkat atas, ruang sembahyang wanita...juga sangat memerlukan sumbangan untuk dipasang mozek


Tandas..insyaalah dah hampir siap..sumbangan daripada nonmuslim, syukurlah mereka juga sudi membantu...


Wednesday, November 30, 2011

Kemajuan Surau Taman Mesra Kupang

Sehingga hari ini 30 November 2011
Insyaallah jika kita sama-sama sumbangkan sekadar yang mampu,projek pembinaan surau ini
( yang bermula sejak 13 Januari 2009 )
pasti akan siap dan dapat di imarahkan.


Hampir siap..Mai kita pakat-pakat wakaf/jariahkan sedikit rezeki ke surau ini..

Siling sebelah dalam dah pun siap..bagi orang kampung buat kerja ini..

Koridor sebelah kanan mihraj

Bahagian koridor hadapan padang, pintu masuk utama

Koridor pintu utama

Bahagian dalam surau..lantai masih belum siap..Sedang menanti hamba-hamba Allah menyumbang

Bahagian koridor sebelah kiri mihraj..sedang dipasang siling..sikit lagi nak siap


Pandangan dari satu sudut...di hujung sana blok tandas hampir siap

Dari sudut hujung tandas...jarak hujung tandas ke surau 55 kaki jauhnya..kaki lima ( laluan ) masih memerlukan kos tiang roman ( 10 batang), kerangka bumbung, simen dan longkang

Pemandangan keseluruhan dari padang permainan

Dari sudut koridor sebelah kanan mihraj..

Pihak kami amat berterima kasih kepada semua penyumbang yang dekat mahupun yang jauh, semoga Allah terus memberkati segala amalan kita. Sesungguhnya kepada Allah kita berserah dan memohon pertolongan.
HULURKAN SUMBANGAN TUAN-PUAN KE AKAUN SEPERTI YANG TERTERA DI ATAS.

AWAS!!
PIHAK KAMI TIDAK MENJALANKAN KUTIPAN DERMA SECARA INDIVIDU ATAU WAKIL KE TEMPAT TUAN-PUAN KECUALI KEPADA PENDUDUK TAMAN MESRA KUPANG , SAUDARA MARA ATAU KENALAN SAHAJA.

TUJUANNYA :
1. Segala sumbangan tidak tercicir kerana KOMISYEN kepada pemungut.
2. Memastikan semua sumbangan wakaf, jariah atau zakat fisabilillah kita 100%  digunakan untuk urusan   
    pembinaan surau ini sehingga siap sepenuhnya.

Thursday, November 17, 2011

KAMI MERAYU SUMBANGAN SIKIT LAGI..

TAHAP PEMBINAAN SURAU TAMAN MESRA SETAKAT 18 NOVEMBER 2011

PIHAK KAMI MASIH MEMERLUKAN LEBIH KURANG RM35 000.OO LAGI UNTUK MENERUSKAN KERJA-KERJA PEMBINAAN SURAU INI..MOHON BANTUAN DARIPADA ORANG RAMAI.
SAMA-SAMALAH KITA MENGHULURKAN SUMBANGAN WAKAF, JARIAH ATAU ZAKAT UNTUK KERJA-KERJA INI..TERIMA KASIH..
HULURKAN WAKAF, JARIAH ATAU ZAKAT TUAN-PUAN MELALUI AKAUN MAYBANK ATAU AKAUN BIMB TABUNG PEMBINAAN SURAU TAMAN MESRA KUPANG SEPERTI YANG TERTERA DI ATAS ( BLOG SURAU KAMI )
SEMOGA AMALAN KITA BEROLEH KEBERKATAN..AMIN..








Sunday, November 6, 2011

RAYUAN SUMBANGAN UNTUK KOS SILING & MOZEK LANTAI

Progres sehingga hari ini.
Kerja-kerja akan disambung selepas Hari Raya Haji..insyaallah






Wednesday, October 26, 2011

Hari Ini 26 Oktober 2011

Pihak kami masih memerlukan kos segera untuk syiling ( RM8000.00 )dan kos untuk mozek lantai ( RM5000.00 )

Harapan kami semoga tuan puan dimurahkan rezeki oleh Allah swt untuk menyumbang ke akaun surau ini..amin.

Foto hari ini, 26 Oktober 2011





Tuesday, October 25, 2011

Progres Hari Ini 25 Oktober 2011

Alhamdulillah, kerja-kerja melabel lantai sudah siap sepenuhnya ( lantai ruang sembahyang bawah ). Lantai ruang sembahyang wanita di tingkat atas belum dilabel lagi kerana pekerja-pekerja masih jadikan ruang tersebut sebagai tempat rehat mereka.

Hari ini Hujan turun lebat sekali. Tak banyak kerja yang dapat di jalankan. Berikut, dipaparkan beberapa keping foto yang sempat diambil hari ini.


Pihak kami masih mengharapkan sumbangan ikhlas daripada orang ramai bagi melancarkan lagi proses penyiapan surau ini..insyaallah.

Terima kasih banyak-banyak atas keikhlasan tuan puan menyumbang sebagai wakaf, jariah atau zakat ke akaun surau ini..Semoga Allah terus memberkati segala amalan kita di dunia yang fana ini...amin







Sunday, October 23, 2011

SAMA-SAMALAH KITA BERSYUKUR KE HADRAT ILLAHI...

Kerja-kerja hari ini 22 Oktober 2011

Kerja-kerja melabelkan lantai

Dah Lebih daripada separuh dah








Cuci parit..hujan nak turun dah....



Korek-korek , hujan turun..berairlah lubang tersebut.
Digagahi juga untuk siapkan
1 lubang loji tandas, 4 biji kok
Siap 2 lubang dengan 8  kok hari ini..Alhamdulillah.



Semoga segala sumbangan dan amalan kita akan terus diberkati Allah swt..amin
Hujan turun agak lebat dan berpanjangan pada hari ini.

Insyaallah , dengan sumbangan yang berterusan sedikit demi sedikit yang diberikan oleh hamba-hamba Allah sekalian, surau ini pasti akan siap untuk diimarahkan tidak lama lagi..

Tak banyak dah... kurang lebih RM40,000.00 lagi, insyaallah siap laaaa...Alhamdulillah.









Friday, October 21, 2011

ALHAMDULILLAH, KERJA-KERJA DITERUSKAN LAGI

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, hasil sumbangan tuan puan yang dirahmati Allah sekalian, pihak kami dapat meneruskan kerja-kerja pembinaan surau selanjutnya mulai hari ini, 21 Oktober 2011.


Ikat bata penghadang di ruang sembahyang wanita

Ustaz Md Bashari dari pejabat agama sedang memantau

Pekerja-pekerja meneruskan kerja


Menanti `batu larek' untuk dipasang sebagai pagar

Sebahagian lantai surau yang sudah di label untuk pemasangan mozek

Nak pergi ke Pasar Malam Kupang 
( lebih kurang jam 6.30 petang 21 Okt 2011)
Esok sambung kerja, insyaallah esok tak hujan sepanjang hari kot...

Untuk makluman Tuan, kami masih memerlukan perkara-perkara berikut:
 
a. mozek 1 kaki persegi untuk lantai surau
( lebih kurang 2400 keping ), kosnya lebih kurang RM5000.00
b. kos upah pembinaan tandas RM8000.00
c. syiling yang kosnya RM8000.00
d. kos pendawaian elektrik RM5500.00
e. kos PA system RM4500.00
f. kos cat RM3000.00
g.kerja-kerja perparitan
 
Semoga Allah akan memberkati amalan kita, amin...