khidmat

Wednesday, November 30, 2011

Kemajuan Surau Taman Mesra Kupang

Sehingga hari ini 30 November 2011
Insyaallah jika kita sama-sama sumbangkan sekadar yang mampu,projek pembinaan surau ini
( yang bermula sejak 13 Januari 2009 )
pasti akan siap dan dapat di imarahkan.


Hampir siap..Mai kita pakat-pakat wakaf/jariahkan sedikit rezeki ke surau ini..

Siling sebelah dalam dah pun siap..bagi orang kampung buat kerja ini..

Koridor sebelah kanan mihraj

Bahagian koridor hadapan padang, pintu masuk utama

Koridor pintu utama

Bahagian dalam surau..lantai masih belum siap..Sedang menanti hamba-hamba Allah menyumbang

Bahagian koridor sebelah kiri mihraj..sedang dipasang siling..sikit lagi nak siap


Pandangan dari satu sudut...di hujung sana blok tandas hampir siap

Dari sudut hujung tandas...jarak hujung tandas ke surau 55 kaki jauhnya..kaki lima ( laluan ) masih memerlukan kos tiang roman ( 10 batang), kerangka bumbung, simen dan longkang

Pemandangan keseluruhan dari padang permainan

Dari sudut koridor sebelah kanan mihraj..

Pihak kami amat berterima kasih kepada semua penyumbang yang dekat mahupun yang jauh, semoga Allah terus memberkati segala amalan kita. Sesungguhnya kepada Allah kita berserah dan memohon pertolongan.
HULURKAN SUMBANGAN TUAN-PUAN KE AKAUN SEPERTI YANG TERTERA DI ATAS.

AWAS!!
PIHAK KAMI TIDAK MENJALANKAN KUTIPAN DERMA SECARA INDIVIDU ATAU WAKIL KE TEMPAT TUAN-PUAN KECUALI KEPADA PENDUDUK TAMAN MESRA KUPANG , SAUDARA MARA ATAU KENALAN SAHAJA.

TUJUANNYA :
1. Segala sumbangan tidak tercicir kerana KOMISYEN kepada pemungut.
2. Memastikan semua sumbangan wakaf, jariah atau zakat fisabilillah kita 100%  digunakan untuk urusan   
    pembinaan surau ini sehingga siap sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment