khidmat

Tuesday, June 28, 2011

TERUS MENAGIH BANTUAN DANA..BANTULAH KAMI..

TAHAP PROJEK TERKINI

BAHAGIAN MIHRAJ

DIAMBIL DARI SISI KANAN MIHRAJ

PERKERJA SEDANG GIAT MENYIAPKAN `PLASTER'

TERUS MENAGIH SUMBANGAN

Friday, June 24, 2011

GOTONG-ROYONG LAGI..

ALHAMDULILLAH..BERKAT SUMBANGAN IKHLAS TUAN TUAN, PRESTASI PERKEMBANGAN PROJEK SURAU INI SEKARANG AMAT HEBAT DAN DIJANGKA MAMPU DISIAPKAN TIDAK LAMA LAGI. INSYAALLAH SEBELUM MENJELANGNYA RAMADAN BAGI MEMBOLEHKAN KITA SAMA-SAMA MENGIMARAHKANNYA..

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK KEPADA SEMUA HAMBA ALLAH YANG TELAH IKHLAS MENYUMBANG. SEMOGA SEGALA AMAL JARIAH KITA AKAN DIBERKATI ALLAH YANG MENJANJIKAN KITA BEROLEH KESEJAHTERAAN DI DUNIA & AKHIRAT KELAK..AMIN.

APAPUN KAMI MASIH MENGHARAPKAN DANA LAGI UNTUK MEMBAYAR KOS  KERJA-KERJA YANG SEDANG DIJALANKAN...
A. KERJA-KERJA PLASTER DAN LANTAI
B. KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK
C. KERJA-KERJA PINTU SLIDING
D. KERJA-KERJA SILING
E. TEMPAT WUDUK & TANDAS
F. PA SISTEM
G. KEMASAN-KEMASAN LAIN

ANGGARANNYA IALAH RM80,000.00 LAGI.
SEMOGA ALLAH AKAN MEMBUKA HATI-HATI HAMBANYA UNTUK MEMBANTU MENYEMPURNAKAN HAJAT KAMI INI..AMIN.


HARI INI 24 JUN 2011, SEKALI LAGI PENDUDUK TAMAN MESRA TURUN BERGOTONG-ROYONG MENYIAPKAN KERJA-KERJA MERATAKAN TANAH DI TAPAK LANTAI DALAM SURAU..ALHAMDULILLAH BERES DAH...

Tersergam menanti untuk diimarahkan

Ikhlas

Haa...sikit lagi nak beres..

Di sini belum rata lagi!!!
Pulun

Dah nak siap!!

Berehat..kerja beres

Warga emas turut bersemangat

Semangat

Setiausaha ( baju putih ) sedang melihat pekerja sedang `plaster'

Kelihatan ceria

Cikgu Nizam ( Pen.Setiausaha )

Pakat-pakat buat..Alhamdulillah

Mengangkut atap ( sumbangan seorang hamba Allah ) ke lokasi tempat wuduk

Lokasi tempat wuduk & tandas
Kerja beres & rehat

Saturday, June 18, 2011

GOTONG-ROYONG UNTUK SURAU 17 JUN 2011

ASSALAMUALAIKUM...
ALHAMDULILLAH, PADA 17 JUN 2011 ( 8.00 PAGI JUMAAT ), PENDUDUK TAMAN MESRA TURUN BERAMAI-RAMAI UNTUK BERGOTONG-ROYONG MEMASUKKAN TANAH KE DALAM TAPAK SURAU.


Ehsan sebuah case











Bendahari ( berkopiah )


Ustaz Md Bashari (gambar bawah kanan sekali)

Seorang ajk minum






Pengerusi & Setiausaha


GOTONG-ROYONG KE-2 PADA 24 JUN 2011 NANTI

INSYAALLAH DENGAN KEKUATAN SEMANGAT DAN BERKAT KEIKHLASAN KAMI SERTA SELURUH UMAT ISLAM YANG MENYUMBANG DANA BERBENTUK WAKAF/JARIAH UNTUK RUMAH ALLAH INI, SURAU INI AKAN DAPAT DIIMARAHKAN MENJELANG RAMADAN NANTI...AMIN..

KAMI MASIH MENGHARAPKAN SUMBANGAN UNTUK MEMBIAYAI KOS `PLASTER' DINDING, KOS LANTAI, KOS SILING, PENDAWAIAN ELEKTRIK, PEMASANGAN PINTU SLIDING, PAGAR BAHAGIAN KORIDOR, TEMPAT WUDUK, TANDAS DAN BEBERAPA KOS KEMASAN LAIN YANG JUMLAHNYA LEBIH KURANG RM80,000.00.

KAMI MERAYU AGAR ORANG RAMAI IKHLAS MENYUMBANG BAGI MENYEMPURNAKAN MISI JIHAD INI...INSYAALLAH GANJARAN BESAR PASTI MENANTI KITA DI AKHIRAT NANTI...

ANTARA PROGRAM PENGIMARAHAN SURAU INI ( selain daripada solat berjamaah )IALAH:

1. Program Pembentukan Generasi Cintakan Al Quran - kanak-kanak dan juga dewasa
    - Madqhal Al Quran
    - Tahsin Al Quran
    - Kuliah Tafsir Al Quran
    - Program hafazan

2. Usrah Untuk Kaum Hawa - Petang Ahad, Selasa & Khamis

3. Kuliah-kuliah Maghrib & Subuh

4. Ceramah-ceramah Agama

5. Kem-kem Ibadat & Qiamullai - hujung minggu

6. Program-program motivasi dan pelbagai lagi program yang akan disusun oleh jawatankuasa nanti. Insyaallah

SUMBANGAN BOLEH DIBUAT MELALUI:

MAYBANK  - 552040101259
          ( TABUNG PEMBINAAN SURAU TAMAN MESRA )

ATAU

KIRIMKAN CEK ATAS NAMA TABUNG PEMBINAAN SURAU TAMAN MESRA

KE ALAMAT

PEJABAT AGAMA DAERAH BALING,
09100 BALING, KEDAH
(UP: USTAZ MD BASHARI BIN AWANG EMBUN )

Tuesday, June 14, 2011

KERJA-KERJA PLATER DINDING SURAU SEDANG DIJALANKAN

ASSALAMUALAIKUM..

Alhamdulillah, syukur amat kepada Allah swt kerana telah membuka hati hamba-hamba-Nya untuk membantu pihak kami meneruskan projek pembinaan surau ini. Kemurahan hati orang ramai menyumbang ke tabung surau ini telah membolehkan pihak kami menyelesaikan kos kerja-kerja tambahan sehingga siap berbumbung itu sebanyak RM40,000.00 kepada tuan kontraktor UNOUS CONSTRACTION SDN.BHD. walaupun terlewat hampir sebulan.

Kerja-kerja seterusnya ialah
1. `plaster' dinding surau  -  Sudah dimulakan sejak 12 Jun 2011 ( gambar )
2.  Lantai surau
3.  Pintu sliding
4.  Pendawaian elektrik
5.  Pemasangan simen krawang ( memagari bahagian koridor surau )
6.  Tandas ( 20 kaki daripada surau )
7.  Tempat wuduk
8.  Kaki lima dari surau ke tandas

Kerja-kerja tersebut dianggarkan melibatkan kos lebih kurang RM80,000.00 lagi.
Kami terus memohon dan merayu sumbangan wakaf / jariah daripada orang ramai bagi meneruskan kerja-kerja tersebut kerana dana surau sekarang ini susut amat..Insyaallah

GAMBAR-GAMBAR TERKINI, DIAMBIL PADA 14 JUN 2011 ( PLASTER DINDING )







JUALAN WAQAF TAPAK LANTAI SURAU

HARGA JUALAN WAQAF IALAH 1 KAKI PERSEGI  = RM10.00
TELEFON
CIKGU HASNI
019 4177 345
@
email




Tuesday, June 7, 2011

FASA KERJA-KERJA PLASTER & LANTAI

Fasa ini memerlukan kos tidak kurang daripada RM20 000.00.
Oleh itu pihak kami terus bekerja keras untuk mencari dana tersebut kerana kerja-kerja itu akan diteruskan walaupun akaun kami susut amat setelah kerja-kerja bumbung disiapkan.
Kami amat yakin hamba-hamba Allah yang amat prihatin dan dermawan sentiasa diberi kemuliaaan untuk terus menyumbang demi Allah swt. Kami juga amat mengharapkan agar surau ini dapat diimarahkan pada bulan Ramadhan 1432 ini..amin.

TOLONGLAH..BANTULAH..SUMBANGLAH..INSYAALLAH KEUNTUNGAN AMAT BESAR SEDANG MENANTI KITA DI ALAM AKHIRAT NANTI..

AKAUN KAMI : TABUNG PEMBINAAN SURAU TAMAN MESRA
MAYBANK  = 552040101259
BIMB            = 02048010040070