khidmat

Tuesday, June 14, 2011

KERJA-KERJA PLATER DINDING SURAU SEDANG DIJALANKAN

ASSALAMUALAIKUM..

Alhamdulillah, syukur amat kepada Allah swt kerana telah membuka hati hamba-hamba-Nya untuk membantu pihak kami meneruskan projek pembinaan surau ini. Kemurahan hati orang ramai menyumbang ke tabung surau ini telah membolehkan pihak kami menyelesaikan kos kerja-kerja tambahan sehingga siap berbumbung itu sebanyak RM40,000.00 kepada tuan kontraktor UNOUS CONSTRACTION SDN.BHD. walaupun terlewat hampir sebulan.

Kerja-kerja seterusnya ialah
1. `plaster' dinding surau  -  Sudah dimulakan sejak 12 Jun 2011 ( gambar )
2.  Lantai surau
3.  Pintu sliding
4.  Pendawaian elektrik
5.  Pemasangan simen krawang ( memagari bahagian koridor surau )
6.  Tandas ( 20 kaki daripada surau )
7.  Tempat wuduk
8.  Kaki lima dari surau ke tandas

Kerja-kerja tersebut dianggarkan melibatkan kos lebih kurang RM80,000.00 lagi.
Kami terus memohon dan merayu sumbangan wakaf / jariah daripada orang ramai bagi meneruskan kerja-kerja tersebut kerana dana surau sekarang ini susut amat..Insyaallah

GAMBAR-GAMBAR TERKINI, DIAMBIL PADA 14 JUN 2011 ( PLASTER DINDING )







JUALAN WAQAF TAPAK LANTAI SURAU

HARGA JUALAN WAQAF IALAH 1 KAKI PERSEGI  = RM10.00
TELEFON
CIKGU HASNI
019 4177 345
@
email




No comments:

Post a Comment