khidmat

Thursday, April 12, 2012

KEMAJUAN PROJEK PEMBINAAN SURAU TAMAN MESRA

TERKINI....

ALHAMDULILLAH..USAHA-USAHA GIGIH PIHAK SURAU TELAH MENDAPAT SIMPATI DAN KEPERCAYAAN DARIPADA KONTRAKTOR YANG SEDANG MENERUSKAN KERJA-KERJA PEMBINAAN SURAU INI....
KINI..KONTRAKTOR ( UNOUS CONSTRACTION ) TELAH SANGGUP UNTUK MENERUSKAN KERJA-KERJA SEHINGGA SIAP SEPENUHNYA DAN SEGALA UPAH DITANGGUHKAN SEHINGGA EMPAT ATAU LIMA BULAN SETELAH SIAP SURAU NANTI...
DAN PIHAK SURAU HANYA MENYEDIAKAN BAHAN UNTUK SURAU DAN KERJA-KERJA AKAN DIJALANKAN OLEH PIHAK KONTRAKTOR TERSEBUT....ALHAMDULILLAH..

KINI, PIHAK SURAU BERTUNGKUS-LUMUS MENCARI DANA UNTUK MEMBELI BAHAN-BAHAN UNTUK KERJA-KERJA SETERUSNYA SEHINGGA SIAP..

PIHAK KAMI AMAT MEMERLUKAN KOS UNTUK BAHAN-BAHAN BERIKUT:
KOS-KOS YANG PIHAK SURAU TANGGUNG SEKARANG DAN MASIH
TERTANGGUH PEMASANGANNYA KERANA PIHAK SURAU MASIH BELUM MAMPU MEMBAYAR KOSNYA.... 

1. KOS UNTUK `AWNING' 6 KAKI LEBAR UNTUK DIPASANG DI BAHAGIAN KIRI KANAN 
    DAN HADAPAN SURAU       = LEBIH KURANG RM7,000.00
    (Menunggu untuk pemasangan, namun kos masih belum tersedia )

2. KOS UNTUK PEMASANGAN PINTU `SLIDING' DI SEKELILING RUANG SEMBAHYANG    
    UTAMA SURAU      = SUDAH BAYAR RM2000.00 DAN BAKINYA RM6,5000.00
    ( menunggu untuk pemasangan sahaja, tertangguh kerana DUIT sedang dicari untuk membayar baki
      kosnya itu )

3. PA SISTEM...pihak kami sedang mencari pihak-pihak yang sudi `sponsor' peralatan ini yang anggaran
    kosnya ialah RM5,000.00

4. KOS PEMBELIAN BAHAN-BAHAN ( UNTUK KERJA-KERJA `FINISHING' INI SAHAJA) DI
    SEBUAH KEDAI `HARDWARE' MASIH DITANGGUNG     = ANGGARAN RM10,000.00
   
5. KOS-KOS `FINISHING' LAIN AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN..INSYAALLAH

Petang nanti, saya akan `upload' kan gambar-gambar terbaru untuk perhatian tuan/puan semua..

PIHAK KAMI AMAT-AMAT MENGHARAPKAN ORANG RAMAI TERUS MENYUMBANG AGAR SURAU INI DAPAT DIIMARAHKAN SECEPAT MUNGKIN ..SEBOLEH-BOLEHNYA KAMI MENGHARAPKAN SEBELUM RAMADAN 1432 INI NANTI, SURAU INI MAMPU DIIMARAHKAN SETELAH HAMPIR 4 TAHUN MENGURUSKAN PEMBINAANNYA....INSYAALLAH

   GAMBAQ-GAMBAQ TERKINI

PEMBINAAN STOR & TEMPAT TANGKI AIR HAMPIR SIAP DIBINA


GAMBARAN TERKINI


STOR & TEMPAT TANGKI GIAT DISIAPKAN

BAHAGIAN `BERANDA' SURAU SEBAGAI TEMPAT UNTUK MENJALANKAN PELBAGAI AKTIVITI
MASIH MEMERLUKAN KOS UNTUK PEMASANGAN MOZEK DAN SILING
SERTA PAGAR BESI SEKELILINGNYA

GAMBARAN DARI HADAPAN SURAU
DIJANGKAKAN 2 BULAN LAGI AKAN SIAP SEPENUHNYA DAN INSYAALLAH DPAT DIIMARAHKAN
RUANG TENGAH ANTARA KORIDOR SURAU KE TANDAS AKAN DIBINA RUANG BERBUMBUNG. DI SINI AKAN DIBINA JUGA SEBUAH KOLAH UTUK BERWUDUK, TEMPAT AKTIVITI MEMASAK DAN JUGA SEBAGAI KAKI LIMA KE TANDAS
6 BATANG TIANG ( KIRI & KANAN ), LANTAI SERTA BUMBUNG
LUASNYA, PANJANG 30 KAKI DAN LEBAR 15 KAKI
KOSNYA MASIH DALAM PENCARIAN 
GAMBARAN DARI SUDUT SISI HADAPAN SURAU
KERJA-KERJA LONGKANG-LONGKANG AKAN DIJALANKAN NANTI

SEMOGA SEGALA IMFAK, JARIAH DAN WAKAF KITA AKAN DIBERKATI OLEH ALLAH SWT



No comments:

Post a Comment