khidmat

Monday, December 3, 2012

Syukur Kepada-Mu Ya Allah....syukur

Assalamualaikum.......Semoga Tuan Puan, Para Penyumbang Jariah/Wakaf/Zakat Kepada Surau Taman Mesra sentiasa diberi rahmat dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat oleh Allah Yang Maha Esa....

Alhamdulillah, petang kelmarin, 03 Disember 2012, pihak surau berjaya mengurangkan tanggungan kos upah kepada Tuan Unous Constraction...KINI HUTANG YANG MASIH DITANGGUNG HANYA BERJUMLAH RM18,000.00 LAGI....Insyaallah dengan berkat sumbangan kita semua, kos tersebut akan selesai jua......

Pihak Jawatankuasa Surau juga sedang berusaha untuk memasang awning sekeliling bahagian hadapan @  `porch' surau
selebar 14 kaki berserta beberapa batang tiang. Kami terpaksa mengutamakan pemasangan awning ini bagi menyelesaikan masalah tempias air hujan yang sering membasahi lantai bahagian di sini..

Kosnya = RM10,692.00
Alhamdulillah, syukur setakat ini pihak kami telahpun dapat mengumpul hampir RM3000.00 setelah membuka tabung wakaf ( khas untuk awning ini ), iaitu dengan nilai RM6.00 ( enam ringgit sekaki )

Sama-samalah kita menyumbang bagi kesempurnaan dan keselesaan hamba-hamba Allah untuk beramal ibadat di sini....

No comments:

Post a Comment