khidmat

Thursday, January 31, 2013

KURSUS ASAS HAJI

KURSUS ASAS HAJI 1434

Surau Taman Mesra amat memerlukan dua buah khemah untuk menampung para jemaah yang hadir berkursus. Khemah ini diperlukan sebagai tempat jamuan untuk para jemaah setelah selesai mengikuti kursus. Kursus Asas Haji ini akan berjalan setiap hari Sabtu selama 17 minggu.

Sesiapa yang bermurah hati untuk menyumbang khemah tersebut bolehlah berbuat demikian melalui akaun kami, iaitu

Tabung Pembinaan Surau Taman Mesra
Maybank : 552040101259
BIMB : 02048010040070

KOS SEBUAH KHEMAH IALAH RM1800.00

Alhamdulillah, berkat sumbangan ikhlas tuan puan, kini Surau Taman Mesra
terus diimarahkan. Selain daripada solat lima waktu, pelbagai program diadakan dari semasa ke semasa melibatkan pelbagai peringkat.. Alhamdulillah..

Pihak kami masih berusaha untuk menyelesaikan tanggungan kos kepada Tuan Kontraktor pembina surau ini yang masih tertunggak sebanyak RM13,000.00 dan tanggungan kos di kedai barang pembinaan sebanyak RM5,000.00 lagi..

Insyaallah..dengan berkat sokongan orang ramai yang sudi menyumbang, surau ini akan dapat menyelesaikan semua kos yang ditanggung tersebut...

Insyaallah ..pihak kami sedang menjalankan bancian untuk memilih nama surau dan dijangkakan dalam masa terdekat ini..surau ini akan diberi namanya berdasarkan mejoriti pilihan oleh seluruh penduduk...
Nama-nama Surau yang dicadangkan ialah:

1. An-Nur
2. At-Taqwa
3. As-Salam
4. Al-Kahfi

Pilihan tertinggi oleh penduduk akan dijadikan nama surau ini..insyaallah.

Pada 07 Februari 2013, selepas solat Isyak nanti, satu program ceramah yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagian Tuan Sheikh Hazizan ( Timbalan Pengarah Bahagian Masjid Jabatan Agama Islam Kedah ) akan diadakan
di surau ini.. Tuan Puan muslimin muslimat dijemput hadir...


No comments:

Post a Comment