khidmat

Friday, June 15, 2012

ALLAH MAHA MENGETAHUI..ALLAH MAHA MELIHAT SEGALA AMALAN IKHLAS KITA .... SEBUAH UCAPAN PENGHARGAAN DARIPADA INSAN KERDIL

Assalamualaikum...

Terlebih dahulu pihak jawatankusa surau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para penyumbang terutama sekali kepada hamba Allah yg telah menyumbang RM5000.00 ke akaun maybank surau pada 22 Mei 2012.
Semoga amalan kita ini akan diberkati Allah dan beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat...amin..


Setakat hari ini, kerangka bumbung untuk blok kolah dan tangki air telah siap...menanti untuk dipasang bumbung genting. Insyaallah sehari dua lagi siap lah bumbung bagi blok tersebut...alhamdulillah

Kerja-kerja seterusnya ialah untuk membeli mozek bagi blok hadapan surau ( anggarannya RM3500 ) dan blok kolah pula dianggarkan lebih kurang RM3000.

Semua pintu tandas, pintu luar surau dan pintu setor bangunan tangki air (lapan set kesemuanya )telah ditempah dari bengkel besi yang jumlah kosnya ialah RM2000. Insyaallah akan siap dipasang sebelum Julai nanti.

Pihak kami sedang berusaha menyiapkan kerja-kerja pendawaian elektrik bagi membolehkan surau ini `menyala' sebelum Julai. Insyaallah surau ini akan mula digunakan apabila lampu dan kipas angin ( paling asas ) berfungsi nanti.

Pihak kami juga masih tercari-cari penyumbang untuk mendapatkan set `PA System' untuk surau ini..( amplifire, speker, microphone )

Saya akan upload gambar-gambar terbaru dalam sehari dua lagi untuk tatapan hamba-hamba Allah semua.....
 Marilah sama-sama kita berdoa agar segala amal kita terus diberkati oleh Allah swt....semoga kita semua beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat kelak..amin....

No comments:

Post a Comment