khidmat

Sunday, July 1, 2012

ASSALAMUALAIKUM....

Alhamdulillah, hari ini saya sempat untuk mengemaskinikan blog ini. terlebih dahulu saya bagi pihak seluruh jawatankuasa projek pembinaaan surau taman mesra mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para penyumbang/penderma yang tidak putus-putus mengimfakkan rezeki Allah ke jalan yang amat diredhai-Nya. Semoga segala amalan kita akan diberkati dan kita semua beroleh kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia yang fana ini dan di akhirat yang kekal abadi kelak...amin..

Perkembangan projek surau....

Alhamdulillah kerja-kerja memasang atap bagi setiap blok sudah siap kelmarin...
Sekarang kerja-kerja memasang pintu-pintu besi di blok tandas...rancak berjalan....









Kelmarin ( 1 Julai 2012 ) saya telah siap berurusan dengan TNB menguruskan penyaluran elektrik ke surau. Dah siap membayar depositnya bagi pemasangan meter.. Insyaallah esok atau dalam tempoh minggu ini juga kerja-kerja penyaluran elektrik itu akan siap. Alhamdulillah..

Namun... kerja kerja pemasangan peralatan elektrik masih belum sempurna...hanya sekadar untuk `menyala' dan sudah boleh digunakan untuk bersembahyang dan aktiviti-aktiviti lain.....( INSYAALLAH SETELAH METER ELEKTRIK DI PASANG NANTI )

PA sistem masih dalam pencarian...kosnya dianggarkan RM5000.00 ( speker ( dalam surau dan di luar ), mikrofon, amplifire, kabel dan beberapa set peralatan lain yang berkaitan )

Alhamdulillah petang 30 Jun 2012, seorang hamba Allah telah mewakafkan karpet sebagai sejadah untuk surau ini....`full' bahagian bawah surau termasuk tempat imam...( akan diupload gambar nanti )






No comments:

Post a Comment