khidmat

Friday, July 27, 2012

Sehingga hari ini...Alhamdulillah surau ini dapat diimarahkan...
- Solat trawih
- Tazkirah
- Tadarus
- Majlis berbuka setiap hari
- Solat-solat waktu..subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak
Alhamdulillah bahagian hadapan surau sudah dipasang mozek hasil sumbangan orang ramai

NAMUN PIHAK KAMI MASIH MEMERLUKAN DANA UNTUK MENYEMPURNAKAN PENYIAPANNYA DI BEBERAPA BAHAGIAN, IAITU

- bahagian blok kolah masih belum dipasang mozek
- auwning dan pagar besi bahagian keliling depan surau masih belum berduit untuk dipasang
- cat

Pihak kami juga masih mencari dana untuk membayar baki kos upah pembinaan kepada tuan kontraktor.

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, pihak kami berharap sangat orang ramai menyumbang wakaf / jariah kepada surau ini agar dapat disempurnakan secepat mungkin dan dapat menyelesaikan segala kos yang ditanggungi..

Pihak jawatankuasa amat-amat berterima kasih kepada para penyumbang dan alhamdulillah dengan sokongan tuan/puan, surau ini telah dapat diimarahkan. Semoga Allah terus memberkati segala amalan kita ini..amin...

No comments:

Post a Comment