khidmat

Sunday, July 29, 2012

Alfatihah.....

Jam 2.50 pagi 29 Julai 2012, di dalam kereta dalam perjalanan ke hospital bersama saya ( pengerusi J/K Surau ), seorang ahli jawatankuasa kami, CIKGU MOHD FAUZI BIN KAMSAH, 50 tahun, telah pulang ke Rahmatullah kerana serangan jantung....Alfatihah semoga rohnya sentiasa dirahmati Allah....

Sejak surau ini mula digunakan (13 Julai), beliau tidak pernah lekang untuk berjemaah pada setiap waktu solat.. Beliau jugalah yang pertama mengadakan majlis jamuan untuk tahlil kepada arwah ayahandanya di surau ini pada 18 Julai 2012. Pada malam program bersama Imam Muda Azhar, beliau jugalah yang menyumbang untuk jamuan pada malam tersebut..

Beliau juga tidak pernah ketinggalan untuk bersama pada majlis berbuka di surau ini sejak hari pertama sehinggalah ke akhir hayatnya...

Beliau juga banyak menyumbangkan dana untuk pembinaan surau ini sebagai wakaf/jariah demi bekalan beliau selepas mati.....

Jenazah beliau disembahyangkan di surau ini pada jam 11.00 pagi tadi sebelum dibawa pulang ke kampung halaman beliau di Teluk Intan untuk dikebumikan di sana...

Alfatihah....Sama-samalah kita doakan agar roh beliau sentiasa dicucuri rahmat dan semoga Allah menganugerahkan kesejahteraan serta kebahagiaan kepada beliau di alam akhirat..amin...



No comments:

Post a Comment